Tarikh | : 17 November 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 5 orang |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penggunaan shortcut key pada komputer untuk melakukan sesuatu kerja dengan cepat dan mudah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta mendengar taklimat ringkas tentang shortcut key dan tayangan video untuk menarik minat peserta. Peserta diberikan manual senarai shortcut key sebagai bahan rujukan. Latihan diberikan melalui aplikasi Microsoft Word supaya peserta dapat membiasakan diri menggunakan shortcut key. Seterusnya peserta diberikan latihan menjawab kuiz berkenaan fungsi shortcut key di web Kahoot.it sebagai aktiviti sampingan.