Kemudahan awam yang terdapat di Tanah Rata boleh dikatakan cukup lengkap dan mudah untuk di akses. Bekalan air dan elektrik tidak mempunyai sebarang masalah. Kemudahan-kemudahan asas seperti masjid , dewan dan surau turut di sediakan bagi kemudahan penduduk.

Perkhidmatan seperti perbankan , hospital , perpustakaan , pejabat pos , terminal bus juga mudah untuk di dapati. Kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan berada di pekan Tanah Rata yang menjadikan Tanah Rata sebagai tumpuan utama penduduk.

masjid

Masjid Abu Bakar Tanah Rata

- Terletak di hadapan Padang Majlis Daerah Cameron Highlands di atas bukit. Merupakan satu-satunya masjid yang berada di Tanah Rata.

 

library

Perpustakaan Awam Cameron Highlands

-  Penubuhan perpustakaan awam Cameron Highlands pada tahun 2003. Perpustakaan awam telah di rasmikan oleh DYYM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah pada tahun 2006. Ia merupakan salah satu bangunan bersejarah di daerah Cameron Highlands.

 

 

freesia

 Terminal Bas Cameron Highlands

- Terdapat 4 syarikat bas ekspres yang beroperasi di Cameron Highlands iaitu Pahang Lin Siong , Perak Transit , Unititi dan CS Liner