SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL TANAH RATA (NADI TANAH RATA)

IMG 20220517 171910-01

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Tanah Rata menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Tanah Rata telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2018. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Tanah Rata bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

  Jumlah Ahli Berdaftar OKTOBER 2018 - JULAI 2024 : 637 orang

 

  
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI , kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
 
MPsprt
 
 
Nama : Ahmad Afandi Asmawi Bin Madzlan
Mula berkhidmat : 18 September 2018
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
suzana
 
Nama : Nursuzana Binti Shahman
Mula berkhidmat : 18 September 2018