Tarikh | : 15 Januari 2020 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN : Memberikan tunjuk ajar tentang cara penggunaan Microsoft Word kepada usahawan untuk tujuan perniagaan. Peserta akan lebih mudah memahami untuk menggunakan Microsoft Word bagi tujuan surat menyurat bagi kegunaan perniagaan.
AKTIVITI : Peserta diberikan taklimat dan latihan Microsoft Word sambil diberikan tunjuk ajar dari petugas. Peserta perlu menaip surat menggunakan Microsoft Word mengikut format surat menyurat semasa.
Tarikh | : 11 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 PM - 5.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 5 Orang |
TUJUAN : Menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para peserta. Peserta dapat menguji penguasaan bahasa Inggeris masing-masing sambil berhibur.
AKTIVITI : Peserta diberikan taklimat tentang aktiviti, pembelajaran dilakukan di dalam laman web ESL games yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan bahasa Inggeris. Petugas menggunakan random name picker untuk memilih salah seorang daripada peserta untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di projector, selesai soalan dijawab, petugas membuat pembetulan jawapan dan memberikan keterangan untuk soalan yang gagal dijawab.
Tarikh | : 19 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 PM - 5.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN : Memperkenalkan kepada peserta bahasa pemprograman basic interaktif yang membolehkan peserta membina animasi serta permainan yang mudah. Ini dapat menjadikan peserta berfikir secara kreatif dan bersistematik.
AKTIVITI : Peserta di ajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi Scracth. Peserta perlu menghasilkan animasi permainan yang mudah. Setiap peserta perlu membentangkan hasil kerja masing-masing untuk penilaian.
Tarikh | : 3 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 PM - 5.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN : Mendidik peserta untuk belajar menaip dengan pantas dengan pembelajaran berkonsepkan hiburan. Mengasah kemahiran menaip para peserta agar lebih pantas dan menguji penguasaan Bahasa Inggeris peserta.
AKTIVITI : Petugas menerangkan tentang fungsi dan cara permainan menaip menggunakan NitroType. Peserta dikehendaki memilih jenis kenderaan untuk berlumba di dalam laman Nitro Type. Peserta perlu menaip perkataan Bahasa Inggeris sepantas yang boleh untuk membolehkan kenderaan yang dipilih tadi bergerak laju.
Tarikh | : 20 Disember 2019 |
Masa | : 3.00 PM - 6.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 8 Orang |
TUJUAN : Peserta dapat mengenali komponen komputer secara terperinci.
AKTIVITI : Peserta diberikan taklimat dan aktiviti dijalankan secara individu dan berkumpulan. Pelajar diberikan 3 aktiviti utama melibatkan dimana pelajar perlu melukis komponen computer menggunakan imaginasi, melabel setiap komponen yang dilukis untuk menggambarkan fungsinya serta aktiviti terakhir memerlukan pelajar untuk mencipta lirik lagu mengenai komponen computer.