Tarikh | : 16 Jun 2019 |
Masa | : 3.00 PM - 6.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN : Kelas ini di adakan untuk memperkenalkan kepada peserta Dashboard MyKomuniti. Peserta di beri pendedahan apa kegunaan Dashboard MyKomuniti dan cara untuk menggunakannya. Di samping itu, peserta di beri taklimat mengenai Buli Siber.
AKTIVITI :
- Tayangan video Buli Siber
- Peserta perlu menghasilkan ucapan Hari Raya Aidilfitri dengan membuat pantun dengan mengunakan kreativiti masing-masing. Setelah siap, peserta perlu submit ucapan tersebut dan petugas akan memasukkan ke dalam MyKomuniti.
Gambar Di sini
Tarikh | : 1 Jun 2019 |
Masa | : 2.00 PM - 5.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN : Kelas ini di adakan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan di sambut tidak lama lagi. Peserta mempelajari kelas membuat kad raya dengan menggunakan perisian yang telah sedia ada iaitu Canva.com. Penghasilan kad raya tanpa menggunakan sebarang peralatan seperti warna dan sebagainya.
AKTIVITI : Peserta perlu menghasilkan kad Hari Raya Aidilfitri dengan kreativiti masing-masing. Kad yang telah siap di muat naik ke dalam Facebook Pusat Internet Tanah Rata.
Tarikh | : 29 Mei 2019 |
Masa | : 4.00 PM - 4.30 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN : Memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya buli siber yang semakin berleluasa di media sosial. Peserta diberi penerangan tentang risiko buli siber yang boleh dihadapi semasa berurusan di dalam talian dan cara yang terbaik untuk menguruskannya.
Tarikh | : 29 Mei 2019 |
Masa | : 3.00 PM - 4.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN : Memberi pendedahan kepada peserta dan mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti terutama MyShop untuk kegunaan pengiklanan. Aktiviti melibatkan taklimat menggunakan Dashboard Komuniti dan MyShop untuk pengiklanan dan cara-cara menggunakannya.
Tarikh | : 18 Mei 2019 |
Masa | : 4.00 PM - 5.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN : Memberi pengenalan dan kesedaran kepada peserta tentang kewujudan portal Sebenarnya.my kelolan MCMC bagi membanteras penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa di internet. Peserta diberi penerangan tentang portal Sebenarnya.my, contoh-contoh berita palsu dan langkah-langkah untuk menghentikan penularan berita palsu.