Tarikh : 7 Januari 2023
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN                  :         Menaip dengan pantas itu merupakan satu kelebihan. Menaip dengan laju memudahkan untuk menyiapkan kerja dengan cepat. Kelas ini mengajar peserta bagaimana untuk menaip secara cepat. Pelbagai tips yang di berikan kepada peserta untuk menguasai penggunaan keyboard.

AKTIVITI                :           Peserta di beri tugasan untuk menaip di typingclub.com dengan masa yang di tetapkan.

Gambar Di sini

Tarikh : 20 Disember 2022
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN                  :    Memberi kemahiran mencipta poster secara atas talian kepada para peserta melalui website Canva. Peserta dapat mendalami kemahiran mencipta poster secara atas talian.

AKTIVITI              :   Petugas memberikan taklimat tentang cara mencipta poster dan melakukan aktiviti mencipta poster bersama-sama dengan peserta. Peserta membuat pencarian gambar dan bahan untuk diletakkan di dalam poster melalui google. Poster dihasilkan menggunakan laman canva.com.

Gambar Di sini

Tarikh : 5 Oktober 2022
Masa : 9.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN                  :   Membantu peserta memahami kaedah penggunaan aplikasi Microsoft Excel untuk kegunaan dokumentasi. Mengasah kemahiran peserta dalam memahami cara penggunaan Excel serta mempermudahkan peserta untuk membuat dokumentasi pada masa akan datang.

AKTIVITI               : Petugas menerangkan tentang fungsi dan cara menggunakan Microsoft Excel kepada peserta. Peserta mempelajari setiap fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Excel untuk diaplikasikan ke dalam surat mengikut kehendak penggunaan peserta.

Gambar Di sini

Tarikh : 3 November 2022
Masa : 9.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 13 Orang

 

TUJUAN                  :         Program ini disertai seramai 13 orang murid yang terdiri dari umur 5 dan 6 tahun dengan diiringi 2 orang guru. Tujuan program adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar kepada murid-murid selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk minat murid-murid terhadap teknologi maklumat. Pelbagai aktiviti di jalankan antaranya adalah permainan jigsaw puzzle, mewarna online dan sebagainya di mana dapat meningkatkan daya pemikiran murid-murid dengan lebih kretif.

AKTIVITI                :

- Senaman pagi

- Mengenali Asas Perkakas Komputer

- Mewarna online

- Jigsaw puzzle online

Gambar Di sini

Tarikh : 13 September 2022
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN                  :    Membantu peserta memahami kaedah penggunaan aplikasi Shopee untuk kegunaan peniagaan. Mengasah kemahiran berniaga menggunakan ICT dan membantu menaikkan taraf ekonomi peserta.

AKTIVITI             :       Petugas menerangkan tentang fungsi dan cara menggunakan Shopee kepada peserta. Peserta mempelajari setiap fungsi yang terdapat di dalam Shopee untuk mula berniaga di atas talian.

 

Gambar Disini