TIPS MENGELAKKAN KECURIAN DATA PERIBADI
1. Jangan beri nombor telefon peribadi anda untuk mendapatkan hadiah percuma atau baucar promosi. Buat dan gunakan email alternatif jika terdapat keperluan untuk mendaftar menggunakan alamat emel yang hanya mempunyai maklumat peribadi minima agar boleh dikenal pasti bagi mendapatkan hadiah percuma dan baucar promosi.
2. Berhati-hati apabila mendaftar untuk sebarang pertandingan dan cabutan bertuah. Baca terma pertandingan dengan teliti sama ada penganjur pertandingan akan berkongsi data anda kepada pihak lain.
3. Sentiasa berwaspada apabila mendaftar di mana-mana laman web. Beri nombor telefon anda hanya jika ia benar-benar diperlukan.
4. Baca polisi privasi sebelum memuat turun sebarang aplikasi pada telefon pintar anda, dan dapatkan maklumat yang tepat. Buat semakan di Google bagi mendapatkan ulasan tentang aplikasi tersebut yang akan membantu anda untuk mengenal pasti sebarang aplikasi yang mencurigakan.