BELAJAR MENAIP DAN INTERNET

Nama

: Muizzuddin Syahmi Bin Mohd Saukhi

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Muiz merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata . Beliau merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Beliau selalu ke PEDi Tanah Rata untuk belajar menggunakan komputer dan mencari contoh-contoh soalan peperiksaan untuk beliau menjawap secara online.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi, Adik Muiz tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Adik Muiz tidak pandai untuk mencari soalan peperiksaan menggunakan internet dan tidak mahir untuk menaip dengan cara yang betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Tanah Rata, adik Muiz sudah mahir untuk menaip dengan cara yang betul dan mencari soalan-soalan peperiksaan sendiri tanpa perlu meminta bantuan petugas Pusat Internet.