MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER & INTERNET

Nama

: Siti Nur Adilla Syawani Bt Mohd Radzuan

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018


Latar belakang

Adik Adilla merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Convent . Beliau merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Adilla merupakan seorang pelajar yang sangat pemalu tetapi minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu komputer Adilla tetap datang ke PEDi bersama-sama kakaknya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, cuti mingguan dan cuti persekolah Adik Adilla menghabiskan masa hanya duduk di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Tanah Rata, adik Adilla minat untuk terus belajar megenai perkakasan komputer dan internet yang di ajar oleh petugas PEDi pada setiap minggu. Selain itu, Adilla juga telah pandai untuk mengakses laman web pendidikan untuk Adilla membuat ulangkaji pelajarannya. Adilla juga telah menonjolkan bakatnya dalam kelas multimedia yang telah di anjurkan oleh PEDi. Antaranya, beliau dapat menghasilkan pelbagai jenis kad ucapan setiap perayaan dengan begitu baik.