MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER & MICROSOFT WORD

Nama

: NORZAM BINTI ABDUL KADIR

Umur

: 68 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Pn Norzam merupakan bekas kakitangan kerajaan yang sudah berpencen. Tetapi beliau sangat aktif dalam pelbagai persatuan yang ada di Cameron Highlands dan memegang beberapa jawatan penting dalam setiap persatuan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi, Pn Norzam memerlukan perkhidmatan orang luar atau petugas PEDi untuk membuat kertas kerja atau membuat minit mesyuarat yang di tugaskan kepada beliau. Pada permulaan beliau hadir ke PEDi, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi  Tanah Rata, Pn Norzam telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai perisian Microsoft Word di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.