BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MEMBUAT POSTER 

Nama

: Nur Arissa Dafinah Binti Yusri

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Arissa merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Convent . Beliau merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan menetapkan di kawasan berdekatan dengan PEDi Tanah Rata. Beliau akan menyertai setiap kelas yang di adakan di Pusat Internet. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Arissa tidak mahir menggunakan setiap perkakasan komputer yang ada di PEDi. Beliau juga tidak pandai untuk mencari bahan rujukan dan soalan menggunakan internet. Beliau memerlukan pertolongan dari petugas setiap kali beliau datang ke PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Tanah Rata, Arissa sudah mahir menggunakan perkakasan komputer. Beliau amat meminati setiap kelas yang di anjurkan oleh PEDi. Kelas multimedia merupakan kelas yang sangat di minati oleh beliau. Beliau merupakan seorang yang sangat kreatif.