MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER & INTERNET

Nama

: Shaima Nur Iman Binti Mohd Sharid

Umur

: 9 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Adik Shaima merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata . Beliau merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Beliau akan ke PEDi setiap kali Pusat Internet mengadakan kelas bulanan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi 

Sebelum penglibatannya di PEDi , Shaima menghabiskan masa cuti dengan hanya duduk dirumah dengan menonton televisyen sahaja dan keluar bermain dengan kawan-kawan pada waktu petang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 

Selepas beberapa bulan mengikuti latihan-latihan di PEDi , Shaima sering berkunjung ke PEDi untuk mengakses internet dan menghadiri kelas yang dianjuran oleh PEDi. Shaima juga sudah pandai untuk mengakses laman web sekolah, kuiz- kuiz yang sedia ada. Selain itu juga, Shaima sangat meminati kelas kreatif DIY  yang dianjurkan oleh PEDi, Shaima gemar untuk membuat sesuatu yang baru.