MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER & INTERNET

Nama

: Ziana Binti Zainal

Umur

: 40 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Pn Ziana merupakan merupakan seorang yang sangat aktif berkunjung ke NADI untuk memanfaat kemudahan atau fasiliti yang sedia ada di NADI.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum penglibatannya di NADI, Pn Ziana memerlukan perkhidmatan orang luar atau petugas NADI untuk membuat kertas kerja atau membuat minit mesyuarat yang di tugaskan kepada beliau. Pada permulaan beliau hadir ke NADI, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di NADI Tanah Rata, Pn Ziana telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai perisian Microsoft Word di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.