Sumber : https://www.facebook.com/timetunnelcameron/
Time Tunnel merupakan muzium bersejarah di mana terdapat pelbagai jenis koleksi barangan lama yang dapat menggamit kenangan kita semua. Muzium Time Tunnel ini dijadikan tempat menyimpan memori dan sejarah Cameron Highland dari zaman perintahan British hinggalah ke zaman sekarang.Antara pameran yang menarik di sini adalah barang ketinggalan kerajaan British, baju kaum peranakan, dapur antik yang penuh dengan hiasan lama, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama.
Bayaran Masuk: Dewasa RM6 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Alamat: Jalan Sungai Burong, 39100 Brinchang , Cameron Highlands , Pahang
Sumber : Agro Highlands Chalet