Bagi yang berminat untuk bercamping di Cameron Highlands, Taman Eko Rimba Sungai Pauh adalah salah satu tempat yang sangat sesuai. Taman Eko Rimba ini terletak 1km dari Pekan Tanah Rata di mana mempunyai keluasan pembangunan lebih kurang 2 hektar dan keluasan keseluruhan 715.51 hektar. Sekiranya anda berminat untuk bercamping di sini, anda perlu menempah secara online di http://apps.forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php

 

Cas Masuk Taman Eko Rimba :

   Warganegara :


    Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM 1.50


    Dewasa - RM 3.00


    Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM 1.50


    OKU - PERCUMA


   Bukan Warganegara :


    Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM 5.00


    Dewasa - RM 10.00


    Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM 10.00


    OKU - PERCUMA

 

Cas Camping :

Rm10 untuk 1 malam/seorang

 

Sumber : https://www.forestry.gov.my/my/pahang/taman-eko-rimba-sungai-pauh