Cameron Highlands umumnya sangat terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik. Malah kebanyakan destinasi-destinasi tumpuan ini terletak berhampiran antara satu dengan yang lain. Antara kawasan yang gemar dilawati pelancong tempatan mahupun luar negara ialah :
Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands
Taman Agroteknologi MARDI merupakan salah satu tarikan pelancong di mana terdapat ladang teh , tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya Pusat Maklumat , Kafeteria , Nursery Bunga , Pusat Jualan , Laman Rama-rama dan taman arnab.
Pihak MARDI juga menyediakan perkhidmatan untuk penginapan apartment dan English Cottage dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Waktu Operasi :
Rabu - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Selasa TUTUP
Cuti Sekolah & Cuti Umum 8.00 pagi - 5.00 petang
Hari Raya Aidiladha & Aidilfitri TUTUP
Ladang Teh Bharat Cameron Highlands
Pusat peranginan Ladang Teh Bharat merupakan tumpuan utama bagi pelancong di mana terletak di jalan utama menuju dari Ringlet ke Tanah Rata. Mengambil masa 6minit dengan jarak 4.0km dari pekan Tanah Rata. Ladang Teh Bharat mempunyai kilang dan mengeluarkan produk teh dengan jenama Cameron Valley. Antara teh yang popular adalah seperti teh strawberry , teh blackcurrant , teh orange , teh lemon dan sebagainya.
PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS
Pasar Malam Cameron Highlands merupakan kawasan utama tumpuan pelancong. Tapak pasar malam baru ini terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. Pasar malam ini beroperasi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu manakala pada musim cuti persekolahan pasar malam ini di buka pada setiap hari. Antara yang unik pasar malam di sini adalah pasar malam ini menjual semua produk hasil dari tanah tinggi Cameron Highlands dengan harga yang sangat berpatutan.
LADANG STRAWBERRY KG TAMAN SEDIA
Kawasan Kg Taman Sedia merupakan 100% perusahaan bumiputera. Di dalam kawasan perkampungan ini terdapat ladang strawberry dan kafe yang menyediakan juadah yang berasaskan daripada strawberry seperti jam strawberry, nasi lemak strawberry, acar strawberry, ais krim strawberry dan sebagainya. Kawasan ini menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kemudahan yang di sertakan dalam perkampungan ini sangat lengkap dan mudah untuk di akses.
Halaman 2 dari 2