Tarikh | : 18 Februari 2021 |
Masa | : 9.00 AM - 11.00 AM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN : Mendedahkan peserta kepada cara menguruskan fail di dalam komputer bagi tujuan kemudahan pencarian di kemudian hari. Memudahkan peserta memahami cara untuk menggunakan fungsi-fungsi folder komputer dan mengaplikasikannya untuk penggunaan perniagaan.
AKTIVITI : Peserta membuat pencarian fail dan membuat penyimpanan dokumen peribadi. Aktiviti pembelajaran tentang folder dan asas system komputer lain.
Tarikh | : 7 Februari 2021 |
Masa | : 9.00 AM - 11.00 AM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN : Mendedahkan peserta dengan cara mendaftar dan mengoperasikan email bagi tujuan perniagaan. Memudahkan peserta memahami cara untuk menggunakan fungsi-fungsi email dan mengaplikasikannya untuk penggunaan perniagaan.
AKTIVITI : Peserta mendaftar dan menggunakan email sambil diberi tunjuk ajar oleh petugas. Aktiviti pendaftaran email dan pembelajaran tentang fungsi email.
Tarikh | : 4 Februari 2021 |
Masa | : 3.00 PM - 5.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN : Memperkenalkan para peserta kepada website yang dibangunkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu U-Pustaka yang memberikan perkhidmatan membaca secara atas talian. Peserta dapat menggunakan U-Pustaka untuk mencari buku dan membaca secara atas talian.
AKTIVITI : Aktiviti melibatkan taklimat dan pengenalan tentang laman web U-Pustaka. Peserta diperkenalkan dengan website U-Pustaka dan diajarkan cara untuk mendaftar dan mencari buku yang diinginkan.
Tarikh | : 6 Februari 2021 |
Masa | : 2.00 PM - 4.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN : Membantu peserta memahami kaedah penggunaan aplikasi Microsoft Excel untuk kegunaan dokumentasi. Mengasah kemahiran peserta dalam memahami cara penggunaan Excel serta mempermudahkan peserta untuk membuat dokumentasi pada masa akan datang.
AKTIVITI : Petugas menerangkan tentang fungsi dan cara menggunakan Microsoft Excel kepada peserta. Peserta mempelajari setiap fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Excel untuk diaplikasikan ke dalam surat mengikut kehendak penggunaan peserta.
Tarikh | : 24 Januari 2021 |
Masa | : 4.00 PM - 6.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN : Membantu peserta membuat hantaran pemasaran berbayar di Facebook bagi tujuan perniagaan. Peserta tidak ketinggalan dalam dalam arus teknologi pemasaran dalam talian.
AKTIVITI : Petugas memberikan tunjuk ajar berkaitan posting Facebook berbayar untuk tujuan mempromosi perniagaan. Peserta mengikut segala tunjuk ajar yang diberikan petugas tentang cara-cara dan fungsi sponsored Facebook posting.