Tarikh : 24 Januari 2021
Masa : 2.00 PM - 4.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN                  :    Membantu peserta mencipta resume menggunakan Microsoft Word. Peserta dapat menggunakan templat yang disediakan di Microsoft Word untuk kegunaan harian.

AKTIVITI             : Aktiviti melibatkan taklimat dan pengenalan tentang templat resume di Microsoft Word. Peserta didedahkan dengan fungsi Microsoft Word yang jarang diketahui atau digunapakai untuk menghasilkan resume yang menarik.

Gambar Di sini

Tarikh : 21 Januari 2021
Masa : 9.00 AM - 11.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN                  :    Mendedahkan peserta dengan cara mendaftar dan mengoperasikan email bagi tujuan perniagaan. Memudahkan peserta memahami cara untuk menggunakan fungsi-fungsi email dan mengaplikasikannya untuk penggunaan perniagaan.

AKTIVITI             :    Peserta mendaftar dan menggunakan email sambil diberi tunjuk ajar oleh petugas. Aktiviti pendaftaran email dan pembelajaran tentang fungsi email.

Gambar Di sini

Tarikh : 13 Disember 2020
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN                  :    Memperkenalkan para peserta kepada website yang dibangunkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu U-Pustaka yang memberikan perkhidmatan membaca secara atas talian. Peserta dapat menggunakan U-Pustaka untuk mencari buku dan membaca secara atas talian.

AKTIVITI             : Aktiviti melibatkan taklimat dan pengenalan tentang laman web U-Pustaka. Peserta diperkenalkan dengan website U-Pustaka dan diajarkan cara untuk mendaftar dan mencari buku yang diinginkan.

Gambar Di sini

Tarikh : 15 Januari 2021
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN                  :    Membantu peserta memahami kaedah penggunaan aplikasi Microsoft Word untuk kegunaan surat menyurat. Mengasah kemahiran menaip peserta serta mempermudahkan peserta untuk membuat surat pada masa akan datang.

AKTIVITI             : Petugas menerangkan tentang fungsi dan cara menggunakan Microsoft Word kepada peserta. Peserta mempelajari setiap fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word untuk diaplikasikan ke dalam surat mengikut kehendak penggunaan peserta.

Gambar Di sini

Tarikh : 9 Disember 2020
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN                  :    Mendidik peserta yang terdiri daripada golongan pelajar untuk bersaing secara sihat sesama sendiri untuk menjadi pemenang disamping menerapkan pembelajaran sambil berhibur. Menggalakkan peserta untuk datang mengasah pengetahuan di Pusat Internet disamping belajar sambil berhibur.

AKTIVITI             : Peserta perlu menjawab kesemua soalan kuiz pelajaran di Quizizz dan yang pertama dikira pemenang. Pemarkahan dikira dengan jawapan yang betul bagi setiap soalan dan tempoh menjawab yang singkat. Aktiviti dijalankan secara bersama menggunakan laman web Quizizz dan dipantau oleh petugas.

Gambar Di sini