BELAJAR PERKAKASAN KOMPUTER , INTERNET & ASAS MULTIMEDIA

Nama

: Mohammad Aiman Bin Abdullah

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Aiman merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata . Beliau merupakan anak sulung kepada 3 orang adik beradik dan menetapkan di kawasan berdekatan dengan PEDi Tanah Rata. Beliau akan ke PEDi apabila beliau mempunyai masa yang terluang.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi 

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Adik Aiman tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Adik Aiman tidak ada asas multimedia untuk menghasilkan buku menu dan poster perniagaan keluarganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Tanah Rata, adik Aiman sudah mahir menggunakan perkakasan komputer. Beliau juga dapat mengaplikasikan apa yang di pelajari di PEDi Tanah untuk mempromosikan perniagaan kecil-kecilan keluarga beliau. Beliau dapat menghasilkan buku menu jualan perniagaan keluarganya.

BELAJAR PERKAKASAN KOMPUTER , PERISIAN MICROSOFT OFFICE

Nama

: Nur Syamimi Binti Mohd Saukhi

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Syamimi merupakan seorang pelajar berumur 12 tahun dan menerima pendidikan di SK Tanah Rata. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya, Syamimi tidak mahir menggunakan computer dan malu untuk belajar. Walaubagaimanapun, kedua orang tua Syamimi sering menghantarnya datang ke PEDi Tanah Rata untuk menghadiri kelas. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan konsep belajar sambil berhibur yang diterapkan di PEDi, Syamimi tidak lagi malu untuk bertanya dan semakin berminat untuk menghadiri kelas. Syamimi semakin mahir menggunakan computer untuk belajar demi menghadapi perperiksaan UPSR dan beliau dapat menjawab dengan penuh yakin hasil daripada latihan berterusan yang beliau dapati di PEDi

BELAJAR PERKAKASAN KOMPUTER , PERISIAN MICROSOFT WORD & MICROSOFT POWERPOINT

 

Nama

: Aleya Kaisara Bt Karim

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Aleya merupakan seorang peserta yang selalu mengikuti program yang di jalankan di PEDi Tanah Rata. Beliau merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Convent, Tanah Rata.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya, Aleya tidak mahir menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Selain itu, Aleya juga tidak mahir dalam perkakasan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas telah memberi panduan dan penerangan mengenai asas perkakasan komputer. Selain itu, Aleya juga telah mahir dalam penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.

BELAJAR PERKAKASAN KOMPUTER , PERISIAN MICROSOFT WORD & ASAS VIDEOGRAFI

Nama

: Aidil Safwan Zafran Bin Soffian

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Aidil merupakan seorang pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Convent yang terletak di Tanah Rata. Aidil merupakan anak sulung dalam keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya, Aidil tidak mahir mengggunakan teknologi komputer. Beliau juga telah berhenti dari persekolahan atas faktor tidak berminat untuk belajar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menghadiri berberapa kelas di PEDi Tanah Rata yang menerapkan konsep berhibur sambil belajar, Aidil telah menunjukkan perubahan positif dan berminat untuk menghadiri sesi kelas yang seterusnya. Petugas PEDi juga telah mengambil inisiatif untuk memberikan kaunseling kepada Aidil dan kini beliau telah menyambung pengajiannya di SK Convent Tanah Rata dan menerima pembelajaran seperti kanak-kanak lain.