BELAJAR PERKAKASAN KOMPUTER , PERISIAN MICROSOFT OFFICE , SUNTINGAN GAMBAR

Nama

: Raja Muhammad Afiq Bin Raja Afizi

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Afiqmerupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata . Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik. Beliau akan ke PEDi setiap kali PEDi mengadakan kelas bulanan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi 

Sebelum penglibatannya di PEDi , Afiq tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Beliau sangat meminati dalam suntingan gambar, poster dan sebagainya tetapi tidak mahir menggunakan aplikasi tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 

Dengan konsep belajar sambil berhibur yang diterapkan di PEDi , Afiq sangat berminat untuk mempelajari asas-asas suntingan gambar dan sebagainya. Afiq sangat kreatif membuat suntingan poster dan gambar-gambar yang menarik. Afiq juga mengambil peluang yang ada di PEDi  untuk mencari bahan pembelajaran beliau demi menghadapi perperiksaan UPSR yang akan datang.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MEMBUAT POSTER 

Nama

: Nur Arissa Dafinah Binti Yusri

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Arissa merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Convent . Beliau merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan menetapkan di kawasan berdekatan dengan PEDi Tanah Rata. Beliau akan menyertai setiap kelas yang di adakan di Pusat Internet. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Arissa tidak mahir menggunakan setiap perkakasan komputer yang ada di PEDi. Beliau juga tidak pandai untuk mencari bahan rujukan dan soalan menggunakan internet. Beliau memerlukan pertolongan dari petugas setiap kali beliau datang ke PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Tanah Rata, Arissa sudah mahir menggunakan perkakasan komputer. Beliau amat meminati setiap kelas yang di anjurkan oleh PEDi. Kelas multimedia merupakan kelas yang sangat di minati oleh beliau. Beliau merupakan seorang yang sangat kreatif. 

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER & INTERNET

Nama

: Siti Nur Adilla Syawani Bt Mohd Radzuan

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018


Latar belakang

Adik Adilla merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Convent . Beliau merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Adilla merupakan seorang pelajar yang sangat pemalu tetapi minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu komputer Adilla tetap datang ke PEDi bersama-sama kakaknya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, cuti mingguan dan cuti persekolah Adik Adilla menghabiskan masa hanya duduk di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Tanah Rata, adik Adilla minat untuk terus belajar megenai perkakasan komputer dan internet yang di ajar oleh petugas PEDi pada setiap minggu. Selain itu, Adilla juga telah pandai untuk mengakses laman web pendidikan untuk Adilla membuat ulangkaji pelajarannya. Adilla juga telah menonjolkan bakatnya dalam kelas multimedia yang telah di anjurkan oleh PEDi. Antaranya, beliau dapat menghasilkan pelbagai jenis kad ucapan setiap perayaan dengan begitu baik. 

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER & MICROSOFT WORD

Nama

: NORZAM BINTI ABDUL KADIR

Umur

: 68 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Pn Norzam merupakan bekas kakitangan kerajaan yang sudah berpencen. Tetapi beliau sangat aktif dalam pelbagai persatuan yang ada di Cameron Highlands dan memegang beberapa jawatan penting dalam setiap persatuan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi, Pn Norzam memerlukan perkhidmatan orang luar atau petugas PEDi untuk membuat kertas kerja atau membuat minit mesyuarat yang di tugaskan kepada beliau. Pada permulaan beliau hadir ke PEDi, beliau sangat kekok untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau merasa takut untuk menggunakan kerana risau akan merosakkannya jika tersalah guna.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi  Tanah Rata, Pn Norzam telah menunjukkan peningkatan beliau menguasai perisian Microsoft Word di mana beliau boleh menghasilkan setiap tugas beliau dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Perasaan takut beliau untuk menggunakan perkakasan komputer dapat di atasi dengan tunjuk ajar petugas. Kini beliau lebih yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.

BELAJAR MENAIP DAN INTERNET

Nama

: Muizzuddin Syahmi Bin Mohd Saukhi

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Muiz merupakan pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata . Beliau merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Beliau selalu ke PEDi Tanah Rata untuk belajar menggunakan komputer dan mencari contoh-contoh soalan peperiksaan untuk beliau menjawap secara online.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi, Adik Muiz tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan Internet. Adik Muiz tidak pandai untuk mencari soalan peperiksaan menggunakan internet dan tidak mahir untuk menaip dengan cara yang betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas dan latihan ICT di PEDi Tanah Rata, adik Muiz sudah mahir untuk menaip dengan cara yang betul dan mencari soalan-soalan peperiksaan sendiri tanpa perlu meminta bantuan petugas Pusat Internet.