Tarikh | : 16 Februari 2019 |
Masa | : 3.00 PM - 6.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 5 Orang |
TUJUAN : Memberi pendedahan kepada peserta di internet bukan sahaja untuk memain games dan sebagainya. Malah dengan penggunaan internet yang betul peserta dapat menggunakan beberapa website yang sedia ada untuk menjawap soalan matematik yang bersesuaian mengikut peringkat umur. Peserta dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan mengulangkaji pelajaran dengan penggunaan internet.
AKTIVITI :
- Peserta menjawap soalan matematik online dan sesi perbincangan bersama petugas.
Tarikh | : 16 Februari 2019 |
Masa | : 9.00 AM - 11.00 AM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN : Kelas ini bertujuan untuk menerangkan kepada peserta apa itu E-Waste. E-Waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan. Peserta boleh menghantar barang seperti peralatan telekomunikasi kecil seperti telefon bimbit, kable dan pengecas telefon yang tidak di gunakan di Pusat Internet untuk kitar semula.
Tarikh | : 2 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 AM - 1.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 8 Orang |
TUJUAN : Kelas ini bertujuan untuk memberi peserta belajar mencipta poster dengan menggunakan teknik yang mudah dan cepat. Canva merupakan perisian reka grafik yang sangat mudah di gunakan. Peserta di berikan penerangan dan panduan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva bagi menghasilkan poster secara mudah dan percuma.
AKTIVITI :
- Peserta menghasilkan poster Chinese New Year dengan kreativiti masing-masing. Poster yang telah di hasilkan di muat turun dan siap di cetak.
Tarikh | : 15 Februari 2019 |
Masa | : 3.00 PM - 6.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 6 Orang |
TUJUAN : Kelas ini bertujuan untuk memberi peserta menghasilkan gambar 3D. Peserta dapat membezakan antara gambar 3D dan gambar bukan 3D. Aplikasi 3D Paint ini telah di sediakan di dalam Microsoft 10, ini lebih memudahkan untuk di gunakan dan ia nya adalah percuma. Peserta dapat menunjukkan kretiviti masing-masing.
AKTIVITI :
- Peserta di beri penerangan setiap “tool” yang terdapat dalam 3D Paint.
- Peserta melihat contoh video penghasilan gambar 3D haiwan.
- Peserta di beri tugasan untuk menghasilkan 3D Paint dengan tajuk bebas.
Tarikh | : 28 Januari 2019 |
Masa | : 3.00 PM - 6.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN : Memberikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan penggunaan internet. Kelas ini memastikan akses ke media digital dan sumber internet adalah selamat dan boleh di percayai. Selain itu, menerangkan kepada peserta mengenai tanggungjawap dan peranan dalam melindungi keselamatan dan privasi mereka.
AKTIVITI :
- Menjawap soalan Kahoot & Quizizz berkenaan Keselamatan Siber