Tarikh : 4 Mac 2019
Masa : 3.00 PM - 6.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN                  :         Memberi kesedaran kepada peserta tentang keselamatan perbankan dalam talian untuk kegunaan perniagaan. Selain itu , melahirkan kesedaran kepada peserta tentang risiko penipuan online banking yang boleh terjadi tanpa diduga, dan meningkatkan pengetahuan peserta dalam bidang perbankan atas talian.

AKTIVITI                :

-      Melibatkan taklimat tentang penggunaan online banking untuk perniagaan. Menjawab kuiz scam awareness. Mempelajari dan kombinasi kata laluan yang kukuh dan mengenalpasti proses cara jual beli melalui perbankan dalam talian.

-      Peserta mendengar taklimat, ditugaskan menjawab survey scam awareness yang disediakan di surveymonkey.com dan diajar tentang kombinasi mencipta kata laluan yang kukuh.

 

Gambar Di sini

Tarikh : 1 Mac 2019
Masa : 3.00 PM - 6.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 2 Orang

 

TUJUAN                  :         Memberi pendedahan kepada pesertapembelajaran secara online di www.funbrain.com. Petugas memilih pembelajaran Bahasa Inggeris mengikut kategori umur yang sesuai. Ini dapat menarik minat peserta dalam pembelajaran yang santai.

AKTIVITI                :        

-      Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan laman web www.funbrain.com

-      Peserta di ajar membaca cerita di dalam Bahasa Inggeris. Petugas memperbetulkan bacaan yang salah.

-      Peserta menjawap soalan berkenaan grammar

 

Gambar Di sini

 

 

Tarikh : 23 Februari 2019
Masa : 3.00 PM - 6.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN                  :         Di zaman serba moden pada masa kini, internet merupakan perkara yang utama untuk mencari informasi, berhubung antara satu sama lain seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Untuk menggunakan aplikasi seperti berikut email sangat di perlukan. Oleh sebab itu, dalam kelas ini peserta di terangkan apa itu email dan di ajar untuk mencipta email dan bagaimana cara untuk masuk dalam email.

 

AKTIVITI                :

-      Peserta di kehendaki mencari contoh email di google.com

-      Peserta “Sign Up” email

-      Peserta “Log In” email

-      Peserta di minta untuk menghantar email ke peserta yang lain

 

Gambar Di sini

Tarikh : 24 Februari 2019
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN                  :         Tujuan utama kelas ini adalah untuk menguji kecekapan peserta serta menguji minda peserta dalam menyusun susunan nombor. Selain itu, peserta dapat menguasai pengawalan mouse serta melahirkan peserta yang fokus.

AKTIVITI                :

-      Peserta di beri penerangan bagaimana cara untuk bermain permainan https://play-dot-to.com/

-      Peserta di beri masa untuk menyelesaikan 5 peringkat permainan tersebut

 

Gambar Di sini

 

 

Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 3.00 PM - 6.00 PM
Lokasi : Pusat Internet Tanah Rata
Peserta : 6 Orang

 

 

TUJUAN                  :         Peserta di beri taklimat mengenai Sebenarnya.my. Peserta di tekankan supaya untuk menyemak terlebih dahulu sesuatu berita itu sebelum berkongsi berita yang tidak tentu kesahihannya. Kemudian , peserta di ajar mencipta kombinasi kata laluan yang kukuh menggunakan website “HowSecureIsMyPassword”. Akhir kelas, peserta di beri penerangan mengenai Dashboard Komuniti.

 

AKTIVITI                :

 

-      Peserta di beri tugasan untuk mencari kesahihan berita di Sebenarnya.my

 

-      Peserta belajar mencipta kata laluan di https://howsecureismypassword.net/

 

  • Panjang kata laluan yang di pilih mestilah sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan huruf, nombor atau simbol.Contoh kata laluan yang kukuh: p@55w0rd5@yA
  • Kata laluan tidak berdasarkan maklumat yang mudah diteka oleh orang lain seperti tarikh lahir
  • Pastikan kata laluan yang berbeza digunakan untuk sistem yang berbeza. Contohnya, tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun emel dan perbankan internet.

 

Gambar Di sini