Tarikh | : 4 DISEMBER 2018 |
Masa | : 10.00 AM - 1.00 PM |
Lokasi | : PUSAT INTERNET TANAH RATA |
Peserta | : 3 ORANGPELAJAR |
TUJUAN : Kelas Animasi Powtoon merupakan salah satu pengisian program cuti sekolah. Kelas ini di adakan bagi memperkenalkan kepada peserta aplikasi Powtoon selain menggunakan perisian yang sedia ada seperti Microsoft Office Powerpoint.
AKTIVITI :
- peserta di beri taklimat mengenai pembelajaran Powtoon
- peserta memahami fungsi dan kebaikan pembelajaran Powtoon
- menerapkan media dalam pembelajaran
- peserta menghasilkan Powtoon
Tarikh | : 6 Disember 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 7 orang |
TUJUAN
Kelas ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta ketika musim cuti sekolah dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Di samping itu, para peserta di beri pendedahan kepada penggunaan Bahasa Inggeris dengan mencari perkataan di dalam Word Search. Peserta juga dapat memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris
AKTIVITI
- peserta di beri penerangan ringkas dan di ajar sebutan perkataan di dalam Bahasa Inggeris untuk mencari perkataan di dalam Word Search
- peserta perlu mencantumkan pecahan gambar untuk menghasilkan satu gambar yang menarik
- peserta di beri latihan untuk menjawap soalan kuiz
Tarikh | : 22 November 2018 |
Masa | : 3.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 7 orang |
TUJUAN
Aktiviti ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini bertujuan untuk berhibur sambil belajar sesuai dengan musim cuti persekolahan. Permainan kuiz berkaitan pengetahuan am diadakan untuk menambah ilmu berkaitan pengetahuan am peserta.
AKTIVITI
Peserta diberikan taklimat ringkas dan mula menjawab kuiz dalam talian (Quizziz.com). Setelah selesai menjawab kuiz peserta dibenarkan mencetak sijil pemarkahan yang disediakan website tersebut sebagai saguhati untuk dibawa pulang. Sesi pembetulan juga dibuat untuk peserta mendapat fakta yang betul. Selain itu turut diadakan kelas mereka cipta kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher dan silang kata sebagai aktiviti sampingan.
Tarikh | : 24 November 2018 |
Masa | : 2.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang belia tempatan terdiri daripada latar belakan yang berbeza. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan tentang cara penggunaan asas perisian Adobe Photoshop CS6 agar mudah diaplikasikan kepada perniagaan dan sebagainya. | |
Aktiviti | |
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perisian Adobe Photoshop dan didedahkan dengan kemampuan perisian tersebut. Peserta kemudiannya diberi peluang mencuba sendiri perisian Adobe Photoshop sambil dibantu oleh petugas menggunakan manual di laman web Adobe. Sesi pembelajaran dipermudahkan lagi dengan pemasangan video demonstrasi yang didapati di laman web adobe. |
Tarikh | : 17 November 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Tanah Rata |
Peserta | : 5 orang |
TUJUAN
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penggunaan shortcut key pada komputer untuk melakukan sesuatu kerja dengan cepat dan mudah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta mendengar taklimat ringkas tentang shortcut key dan tayangan video untuk menarik minat peserta. Peserta diberikan manual senarai shortcut key sebagai bahan rujukan. Latihan diberikan melalui aplikasi Microsoft Word supaya peserta dapat membiasakan diri menggunakan shortcut key. Seterusnya peserta diberikan latihan menjawab kuiz berkenaan fungsi shortcut key di web Kahoot.it sebagai aktiviti sampingan.